Friday, January 22, 2010

UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI

Hari ini semakin ramai mengeluh dengan keadaan ekonomi keluarga masing-masing. kesan daripada kemelesetan ekonomi yang dihadapi oleh dunia dan juga negara kita sekali merasa tempiasnya. di sini saya bukanlah pakar dalam ekonomi untuk membahaskan kenapa ia belaku. tetapi sebagai seorang yang normal dapat melihat isu ini dalam konteks rumah tangga ataupun keluarga sahaja. bagi saya boleh dikategorikan sebagai mikro.

Apabila kita berbicara mengenai dengan masalah ekonomi, ia melibatkan permintaan dan penawaran, duit, barang, dan barangan kegunaan kita seharian. apabila harga barang meningkat sedangkan pendapatan bulanan yang diperolehi tidak mampu untuk menampung kos perbelanjaan bulanan. maka apa yang terjadi ialah ada daripada kita terpaksa menggunakan talian hayat yang paling mudah iaitu kad kredit.

Mari kita lihat kenapa masalah kita short duit tiap-tiap bulan. majoritinya orang melayu bekerja dengan kerajaan ataupun syarikat swasta. bahasa mudahnya kerja makan gaji. di mana sumber kewangan adalah terhad. bagi yang bekerja dengan kerajaan mereka mendapat gaji yang tetap, bulan2 pun cukup makan saja. tapi tahap perbelanjaan mereka kalahkan orang swasta. tiada perancangan kewangan. dapat gaji bayar hutang, kad kredit, beli barangan elektrik, dll tanpa ada simpanan. dalam hal ini saya cadangkan kita sepatutnya membelanjakan hanya 80% dari gaji dan selebihnya untuk simpanan.

Kenapa saya kata begitu, secara mudanya jika kos barangan naik 10% pun, kita masih ada 10% untuk simpnan di masa susah. nak kata dihari tua, tak berani sebab tak sempat tua duit simpanan dah kena korek. apa yang berlaku di luar sebenarnya kita tidak boleh control, luar kawalan kita. contoh..apabila harga roti gardenia naik dari 0.10-0.30 boleh kita halang kenaikan harga roti? sudah tentu tadak, kerana ini makanan kita hari2. begitu juga tarif elektrik yg dikatakan akan naik. semua ini kita tidak boleh kawal.

Bagaimana kita nak kawal nafsu itu lebih penting kerana ia ada di dalam diri kita. apa yang kita buat, kesannya akan kena pada diri dan keluarga sendiri. jika kita pergi ke agensi2 kerajaan seperti sekolah, balai polis, pusat pengajian, pejabat tanah, majlis daerah kita akan dapati rata2 mereka menggunakan kereta. ada guna wira, waja, myvi, viva, vios, sentra dll. saya tidak menekankan kepada pembelian kereta ini, sebab sebelum beli kita diaudit oleh pihak bank, bayaran ansuran bulanan kita sudah jangkakan, maintain dan tak akan naik. tapi yang menjadi persoalan ialah sikap suka kepada aksesori tambahan spt spot rim, warna cat, set audio, dll.

Semua perbelanjaan ini sebenrnya menambah bebanan kewangan masing2 kerana ia melibatkan perbelanjaan tambahan yang kita tahu mereka hanya cukup makan. tapi apabila nafsu tidak dapat dikawal apabila tgk kawan..kawan..yg lebih hebat dari kita maka biar papa asal bergaya menjadi ikutan. kalau tak ada cash guna kad kredit yang kita tahu ianya sangat berhantu.
penggunaan kad kredit tidak salah kerana ia memberi kemudahan kepada kita. apa yang saya cadangkan ialah apabila nak belanja menggunakan kad kredit, pastikan dulu kita mempunyai cash/simpanan untuk bayar nanti. jika tidak mampu berbuat demikian eloklah potong saja kad itu..jadi sebelun nak berbelanja benda2 tambahan perlulah berfikir dahulu sebelum membelinya.

Antara barangan aksesori tambahan baju, kasut, jam, handphone, aksesori kereta, makan kat kfc/Mc D, kedai mamak, kedai tomyam, beli laptop walaupun dah murah harganya. amalkan makan kata rumah, bagi isteri2 tu rajinlah menejenguk kat dapur. kalau isteri tak nak masak apa salahnya si suami pula ambil alih untuk memasak. kita perlu tegas dalam hal berbelanja. jika kita susah tak ada orang nak tolong kita. kawan ketika tawa ramai tapi kawan ketika kita susah tak ramai yang akan bantu. jadi fikir2 kanlah...selamat.................

No comments:

Post a Comment